kucinghappy
loading...

Bayi Lahir Dari Sperma Bapanya Yang Telah Meninggal Dunia

CANBERRA, SUSTRALIA - Seorang wanita telah selamat melahirkan seorang bayi lelaki melalui kaedah "in Vitro Fertilisation" ataupun ...

CANBERRA, SUSTRALIA - Seorang wanita telah selamat melahirkan seorang bayi lelaki melalui kaedah "in Vitro Fertilisation" ataupun dikenali sebagai IVF dengan menggunakan sperma yang diambil selepas 48jam bapanya meninggal dunia.



Sebelum itu, ibu kepada bayi tersebut terpaksa berjuang di Mahkamah Agung Australia untuk mendapatkan kebenaran menggunakan air mani suaminya yang terbunuh akibat kemalangan motorsikal.

Pada mulanya doktor tidak pasti sama ada prosedur tersebut akan berjaya kerana keputusan mahkamah mengambil masa 2 hari. Ia bukan kali pertama sperma diambil dari orang mati untuk melahirkan bayi tetapi kes ini 18 jam lebih lama daripada yang pernah dilakukan pada maasa lalu.

"Ia menjadi luar biasa untuk melibatkan diri dengan membantu seorang wanita yang mempunyai begitu banyak cinta dan keberanian." kata Pakar IVF, Steve Robson.

“Sebagai sebuah kumpulan kami kagum dengan cinta yang dipunyai wanita ini dan mempunyai daya tahan yang luar biasa terhadap segala rintangan yang dihadapi beliau,” katanya dipetik metro.uk.

Bagaimanapun, wanita tersebut terpaksa pergi ke Canberra dari Adelaide untuk menjalankan prosedur berkenaan kerana prosedur ini diharamkan di Adelaide.

Related

Terkini 2000294519509733314

Post a Comment Disqus Comments

Related Posts

loading...

Blog Archive

loading...
item