kucinghappy
loading...

Kanak-kanak 6 Tahun Maut Jatuh Dari Tingkat 2 Kenanga Wholesale City

Seorang kanak-kanak perempuan berusia enam tahun maut selepas terjatuh dari tingkat dua di kompleks beli-belah Kenanga Wholesale City Mall d...

Seorang kanak-kanak perempuan berusia enam tahun maut selepas terjatuh dari tingkat dua di kompleks beli-belah Kenanga Wholesale City Mall di Kuala Lumpur, semalam.

Kejadian itu menggemparkan pengunjung pusat beli-belah berkenaan dan menjadi bualan hangat netizen apabila gambar berkaitan dikongsi di laman sosial.



ACP Zainol Samah, Ketua Polis Daerah Dang Wangi berkata, kanak-kanak itu yang dikenali sebagai Nurhayada Sofia Musa berusia 6 tahun meninggal dunia ditempat kejadian serta-merta akibat cederah parah di kepala. Kanak-kanak itu dipercayai sedang bermain dengan eskalator, terjatuh hingga ke tingkat bawah.

Bagaimanapun kejadian itu sedang disiasat, katanya.

Zainol berkata kes itu diklasifikasikan sebagai kematian mengejut dan mayat kanak-kanak itu dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk bedah siasat.

Related

Viral! 6259233786186849661

Post a Comment Disqus Comments

Related Posts

loading...

Blog Archive

loading...
item