kucinghappy
loading...

Budak Perempuan 10 Tahun Dirogol Dan Kini Sarat Mengandung !!!

LIHAT FOTO JELAS DI SINI #Seorang anak perempuan di Colombia dianggarkan berumur 10 tahun tiba di hospital untuk melahirkan....



LIHAT FOTO JELAS DI SINI
#Seorang anak perempuan di Colombia dianggarkan berumur 10 tahun tiba di hospital untuk melahirkan. Berita ini membuat  penduduk negara terkejut tersebut dan juga penduduk dunia lain. Walau detailnya belum jelas, tapi dilaporkan anak perempuan ini datang ke hospital dalam keadaan berdarah dan kesakitan. Menurut laporan pihak hospital ia melahirkan seorang bayi dengan berat 2.5 kg. Sebelumnya anak perempuan ini belum pernah mengunjungi doktor selama masa kehamilannya.

#Belum diketahui dengan pasti siapa identiti kanak-kanak perempuan ini, ayah dari anaknya atau bagaimana anak perempuan 10 tahun boleh berada dalam keadaan yang jauh melewati umurnya tersebut. Penduduk di tempat tinggal anak perempuan ini enggan memberikan maklumat. Menurut laporan yang tersebar anak perempuan ini berasal dari Suku Wayuu, sebuah suku yang berada di luar kuasa undang-undang Colombia. Seorang ahli menyatakan masalah seperti ini kerap terjadi dalam suku Wayuu.

#"Kami telah sering melihat kes serupa pada kanak-kanak perempuan di Suku Wayuu," kata Efrain Pacheco Casadiego, pengarah hospital tempat anak perempuan ini melahirkan. Akhir tahun lalu seorang budak perempuan Mexico usia 10 tahun melahirkan seorang bayi lelaki. Pada Ogos 2010 seorang budak perempuan usia 11 tahun melahirkan anak pertamanya setelah ia ditolak proses pengguguran.

#Di Colombia pengguguran adalah tindak haram. Menurut undang-undang tahun 2006 pengguguran baru dibenarkan apabila terdapat ancaman terhadap nyawa si ibu, apabila janinnya kurang upaya, atau jika kehamilan si ibu berasal dari perkosaan. Keadaan pengecualian terkini dibuat setelah ada kejadian seorang kanak-kanak perempaun 11 tahun dihamili ayah angkatnya sendiri - The News Media

Related

Viral! 1502147004402483310

Post a Comment Disqus Comments

Related Posts

loading...

Blog Archive

loading...
item