kucinghappy
loading...

Kisah Suami Yang Tabah Hadapi Dugaan Allah SWT...

Kisah ni dah lama tahun 2014. Saja nak berkongsi bagaimana tabah dan hebatnya suami ini menghadapi dugaan Allah. Seorang suami terpaksa ...

Kisah ni dah lama tahun 2014. Saja nak berkongsi bagaimana tabah dan hebatnya suami ini menghadapi dugaan Allah.

Seorang suami terpaksa menahan sebak sambil mengutip sendiri beberapa organ dalaman isterinya yang berselerakan di atas jalan selepas mangsa maut digilis sebuah lori pasir dalam kejadian di Taman Segar, Cheras di sini semalam.


Sebelum kejadian pada pukul 8.30 pagi itu, Mohd. Hafiz Ab. Rahman yang menunggang motosikal dalam perjalanan menghantar isterinya, Noorshah Ahmad, 34, ke tempat kerjanya dari rumah mereka di Taman Seri Budiman, Mahkota Cheras dekat sini.

Noorshah bekerja sebagai kerani di sebuah kedai roti di Taman Shamelin.

Menurut Hafiz, kemalangan yang meragut nyawa isterinya itu berlaku berhampiran pusat beli-belah Cheras Leisure Mall dan keadaan lalu lintas ketika itu sesak menyebabkan dia menunggang motosikal dengan menyelit antara kenderaan lain yang melalui jalan itu.

“Namun sebaik tiba di tempat kejadian, saya yang menunggang motosikal terpaksa melalui di celah sebuah lori membawa muatan pasir dan sebuah kereta Mercedes-Benz berwarna perak.

“Kereta yang dipandu oleh seorang lelaki warga emas berusia lingkungan 60-an itu tiba-tiba menghimpit motosikal saya dan isteri sehingga menyebabkan kami terjatuh ke bawah lori yang bergerak itu,” kata Hafiz ketika ditemui di Hospital Kuala Lumpur di sini semalam.

Hafiz yang tidak bekerja kerana sedang menuntut agama di sebuah madrasah di Seri Petaling dekat sini berkata, dia sempat menyelamatkan diri dengan merangkak keluar dari bawah lori tiga tan itu.

Katanya, sebaik terselamat dia menoleh ke belakang untuk melihat nasib isterinya dan tanpa disangka tubuh isterinya cedera teruk kerana digilis salah satu tayar lori tersebut.

“Saya tidak dapat berbuat apa-apa selain berlari ke jalan dan mengutip organ dalaman isteri saya seperti jantung, hati dan paru-paru yang berselerakan di atas jalan,” kata Hafiz dengan nada sedih.

Cerita Hafiz lagi, pemandu lori berusia 33 tahun berkenaan telah berhenti bagi memberi bantuan manakala kereta Mercedes-Benz itu lari meninggalkan lokasi kejadian.

Jelasnya, mereka yang sudah beberapa tahun mendirikan rumah tangga dikurniakan seorang anak lelaki, Mohd. Adam Mishary berusia enam bulan.

- Kosmo 17 Jun 2014


Post a Comment Disqus Comments

Related Posts

loading...

Blog Archive

loading...
item