kucinghappy
loading...

Sanggup Tak Balik Raya Demi 'Batang Buruk'

ALOR SETAR - Tergamak seorang remaja perempuan berusia 22 tahun menipu ibu bapanya sendiri dengan mengatakan tiket bas sudah habis meny...


ALOR SETAR - Tergamak seorang remaja perempuan berusia 22 tahun menipu ibu bapanya sendiri dengan mengatakan tiket bas sudah habis menyebabkan dia tidak dapat balik ke kampung. 

Bagaimanapun, tembelang remaja perempuan itu pecah apabila dia ditangkap berkhalwat dengan teman lelakinya di sebuah bilik hotel.

Ekoran itu, gadis itu terpaksa pulang ke kampungnya yang membuatkan ibu bapanya terkejut apabila dimaklumkan terpaksa hadir ke pejabat Jabatan Agama Islam Kedah (JAIK) untuk mengikat jaminya, Sabtu lalu.

Ketika ditahan oleh pegawai JAIK, pasangan itu dilihat berdua-duaan dalam keadaan yang mencurigakan. Namun ketika disiasat, mereka tidak memiliki hubungan yang sah.

Pasangan itu bagaimanapun memberikan alasan tinggal sebilik kerana pergaduhan keluarga dan lelaki itu menghantar barangan untuk kegunaan sewaktu bersahur teman wanitanya itu.

Difahamkan, remaja perempuan itu memaklumkan kepada ibu bapanya yang dia akan pulang ke rumah pada hari Ahad, tetapi dia sebenarnya balik lebih awal dari tarikh yang dimaklumkan. -THEHYPEMEDIA.COM

Related

Terkini 7182595724595547756

Post a Comment Disqus Comments

Related Posts

loading...

Blog Archive

loading...
item