kucinghappy
loading...

'Serah kepada polis'

Kuala Lumpur : Pemilik kedai telefon di Plaza Low Yat di sini, tampil menceritakan kejadian sebenar insiden pergaduhan yang berlaku di plaza...

Kuala Lumpur : Pemilik kedai telefon di Plaza Low Yat di sini, tampil menceritakan kejadian sebenar insiden pergaduhan yang berlaku di plaza terbabit.

See Ming Ho, 28, mendakwa seorang lelaki yang juga pelanggannya telah bersetuju untuk membeli sebuah telefon bimbit jenis Lenovo.

Menurutnya, lelaki terbabit terus menghilangkan diri ketika dia leka hendak memberi hadiah percuma dan membawa bersama telefon bimbit yang belum dibayar itu.

MANGSA menunjukkan laporan polis yang dibuat. FOTO Hafidzul Hilmi Mohd Noor

"Kejadian terbabit menyebabkan saya menjerit dan meminta bantuan daripada peniaga lain, sebelum berjaya mengesan lelaki berkenaan di tingkat bawah.

"Lelaki terbabit kemudian berjaya ditangkap oleh tiga jurujual sebelum menyerahkan kepada pengawal keselamatan dan pihak polis," katanya.

Ming Ho berkata, tiga jam kemudian tujuh lelaki dipercayai rakan lelaki terbabit datang kerana tidak berpuas hati sebelum bertindak memukul ketiga-tiga jurujual yang menangkapnya.

"Kami serahkan kepada pihak polis bagi melakukan siasatan lanjut," katanya selepas membuat laporan polis di Balai Polis Tun HS Lee, petang tadi.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 12 Julai 2015 @ 6:06 PM

MANGSA menunjukkan laporan polis yang dibuat. FOTO Hafidzul Hilmi Mohd Noor
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/63864#sthash.FaQ4ALpx.dpuf

Related

Viral! 6787688027658205959

Post a Comment Disqus Comments

Related Posts

loading...

Blog Archive

loading...
item