kucinghappy
loading...

Wanita Berjaya Tetak “Kemaluan” Saka Yang Ingin Merogolnya

Kecoh di laman sosial Facebook, apabila satu gambar petikan skrin laman sosial berkenaan memaparkan cerita berkaitan seorang wanita di Tu...


Kecoh di laman sosial Facebook, apabila satu gambar petikan skrin laman sosial berkenaan memaparkan cerita berkaitan seorang wanita di Tumpat, Kelantan yang berjaya menewaskan saka hantu raya yang ingin merogolnya.
Dalam petikan skrin berkenaan, wanita itu yang bernama Hani (bukan nama sebenar), 32, berjaya menewaskan saka tersebut dan menetak kemaluan makhluk syaitan itu.
Gambar yang dipaparkan menunjukkan Hani menunjukkan gambar zakar saka itu yang menyerupai seperti sebiji anak lesung batu yang biasa digunakan untuk menumbuk sambal belacan.
Rata-rata di Facebook, banyak pihak memberi reaksi lucu kepada pengalaman wanita itu dan berkata lesung yang disangkakan alat untuk memasak rupa-rupanya zakar sejenis hantu.
Tidak diketahui secara jelas, kebenaran kisah ini tetapi gambar dan petikan skrin itu kini sudah mula menjadi viral di internet.
“Berlaku di Tumpat, seorang wanita bernama Hani (nama samaran) merupakan janda berusia 32 tahun melalui detik-detik cemas apabila terpaksa bergelut dengan hantu raya saka keluarganya yang ingin merogolnya.
ZakarHantuRaya
“Pergelutan berlaku hampir dua jam dan akhirnya wanita tersebut berjata menetak kemaluan makhluk tersebut,” menurut petika berkenaan.
Dengan manusia menjadi semakin sukar difahami, Facebook yang pada asalnya menyeronokkan kini menjadi lokasi lambakan status dunia gila sebegini yang turut menjadi kegemaran segelintir orang. – MYNEWSHUB.CC

Related

Viral! 1255378269593654585

Post a Comment Disqus Comments

Related Posts

loading...

Blog Archive

loading...
item