kucinghappy
loading...

WANITA SOLAT TEPI KERANDA BERSALIB TIMBULKAN TANDA TANYA

Pasti ramai tertanya-tanya siapakah wanita dalam gambar telah menjadi viral di laman media sosial yang dilihat khusyuk melaksanakan solat...

Wanita-Solat-di-Tepi-Keranda-mazeermohamad.com_
Pasti ramai tertanya-tanya siapakah wanita dalam gambar telah menjadi viral di laman media sosial yang dilihat khusyuk melaksanakan solat, tetapi di sebelahnya terdapat sebuah keranda dengan bunga berbentuk salib.
Tinjauan Mynewshub mendapati, keranda itu sebenarnya menempatkan jasad artis Indonesia, Rinto Harahap yang meninggal dunia pada 9 Februari lalu di Singapura selepas menderita sakit kanser tulang dan angin ahmar.
Mendiang yang beragama Kristian menikahi wanita muslim bernama Lily Kuslolita.
Seperti yang kita faham, Indonesia membenarkan perkahwinan antara muslim dan Kristian (yang ditafsir sebagai ahli kitab di sana) tanpa mana-mana pasangan perlu menukar agama masing-masing.
Wanita bertelekung yang sembahyang di sebelah Rinto adalah isterinya itu.
Wanita-Solat-di-Tepi-Keranda-Cetus-Persoalan
Meninggal dunia pada usia 65 tahun, gambar di atas diambil sebelum mendiang dibawa ke tanah perkuburan bagi disemadikan.
Mendiang merupakan seorang daripada anggota kumpulan pop The Mercy’s yang terkenal di Indonesia dan Malaysia pada 1970-an. – MYNEWSHUB

Related

Youtube 5239824100059350085

Post a Comment Disqus Comments

Related Posts

loading...

Blog Archive

loading...
item