kucinghappy
loading...

Bapa Penyanyi ‘Sakitnya Tuh Disini’ Meninggal Dunia

TEMPOH hari lalu, kami ada melaporkan berita mengenai bapa kepada penyanyi Indonesia, Cita Citata yang terlantar di hospital akibat penya...

TEMPOH hari lalu, kami ada melaporkan berita mengenai bapa kepada penyanyi Indonesia, Cita Citata yang terlantar di hospital akibat penyakit kronik.
Nampaknya, kepiluan terus melanda hati penyanyi lagu Sakitnya Tuh Disini apabila bapanya disahkan meninggal dunia Isnin lalu berikutan serangan kanser.
Berita sedih itu dimaklumkan oleh Cita sendiri menerusi laman Instagram baru-baru ini.
“Ayah sekarang sudah tidak menderita menahan sakit lagi. Semoga roh ayah tenang di syurga. Cita sayang ayah,” tulis Cita.
Bapa Cita iaitu Herdi Suwito yang merupakan seorang bekas pengusaha kasut dikatakan sudah lama menderita penyakit barah dan dirawat di sebuah hospital di Bandung sejak tiga bulan lalu.
Susulan berita pemergian ayahnya, Cita yang sibuk dengan jadual seninya telah menangguhkan persembahannya di Pontianak, Kalimantan dan bergegas pulang ke Bandung untuk memberikan penghormatan terakhir.
1-1-12 (1)
Cita menjadi terkenal di Indonesia dan Malaysia selepas lagunya Sakitnya Tuh Disini menjadi ‘siulan’ ramai termasuk di stesen-stesen radio tempatan.
Dia yang sinonim dengan penampilan seksinya pernah mengejutkan ramai dengan kisah peribadinya mengenai status jandanya ketika berusia 18 tahun. – MYNEWSHUB.CC

Related

Viral! 919068270136102266

Post a Comment Disqus Comments

Related Posts

loading...

Blog Archive

loading...
item