kucinghappy
loading...

Pelakon Mimi Lana Ditahan Polis Kerana Miliki Ganja?

NAMA pendatang baru dalam industri hiburan, Mimi Lana menjadi bualan hangat di media sosial apabila didakwa ditahan pihak polis kerana me...

NAMA pendatang baru dalam industri hiburan, Mimi Lana menjadi bualan hangat di media sosial apabila didakwa ditahan pihak polis kerana memiliki ganja.
Mimi Lana
Mimi Lana
Menurut laporan portal hiburan Roti Kaya!, Mimi yang pernah membintangi drama Ku Tinggal Cinta Di Okinawa telah ditangkap bersama dua lagi rakannya di sebuah kediaman di Subang Parkhomes, Subang Jaya, malam tadi.
Mimi-Lana-Ditahan-Polis-Kerana-Miliki-Ganja2
Difahamkan, pihak polis turut menemui beg kertas berulis “pedro” mengandungi dua paket plastik lutsinar tiap-tiap satu mengandungi ketulan mampat berisi bahan disyaki ganja seberat 66 gram di dalam almari baju.
Sementara itu, pemeriksaan polis di kawasan ruang tamu turut membawa penemuan satu paket plastik lutsinar berisi bahan disyaki ganja seberat 2.19 gram.
Kes ini sedang disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.
Mimi, 20, merupakan peserta Dewi Remaja 2014/15. Dia juga pernah muncul menerusi lakonan drama Calonnya Adalah 2 (memegang watak Yasmin, kekasih kepada Aaron Aziz) – MYNEWSHUB.CC

Related

Viral! 7458795627771291716

Post a Comment Disqus Comments

Related Posts

loading...

Blog Archive

loading...
item