kucinghappy
loading...

Tiga maut dilanggar di lorong kecemasan

(Dari kiri) Azuddin, Siti Nur Alifah dan Lee Lee maut dalam Kemalangan di Kilometer 313.7, LPT2 arah selatan di Kerteh, 8.50 pagi tadi. FO...

(Dari kiri) Azuddin, Siti Nur Alifah dan Lee Lee maut dalam Kemalangan di Kilometer 313.7, LPT2 arah selatan di Kerteh, 8.50 pagi tadi. FOTO ihsan polis dan pembaca
Chukai: Tiga termasuk dua wanita maut dalam kemalangan membabitkan empat kereta di Kilometer 313.7 Lebuhraya Pantai Timur Fasa 2 (LPT2) arah selatan di Kerteh, 8.50 pagi tadi.

Mangsa yang maut adalah dua kakitangan bank di Dungun iaitu Siti Nur Alifah Md Yusuf, 27, dan Tan Lee Lee, 47, manakala seorang lagi, Azuddin Draman @ Muda, 45, kakitangan bank di Kuantan, Pahang.

Kemalangan itu dikatakan berpunca daripada Toyota Vios yang dinaiki dua wanita itu terbabas dan terbalik.

Proton Waja dipandu seorang lelaki dan Hyundai dipandu Azuddin gagal mengelak sebelum merempuh Vios terbabit.

Ketika Azuddin, Siti Nur Alifah dan Lee Lee berada di lorong kecemasan, kereta Honda Civic terbabas dan melanggar ketiga-tiganya.

Ketua Polis Daerah Kemaman Superintendan Mohd Said Ibrahim mengesahkan kejadian terbabit dan siasatan lanjut sedang dijalankan.

- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/80751#sthash.6inVEUVj.dpuf






Related

Viral! 1569980050960396952

Post a Comment Disqus Comments

Related Posts

loading...

Blog Archive

loading...
item