kucinghappy
loading...

[VIDEO MENGERIKAN!] Rakaman Saat-Saat Kren Tumbang Di Masjidi Haram, 107 Maut, 238 Cedera Parah!

Insiden Kren Tumbang Di Masjidilharam: 107 Maut, 238 Cedera RIYADH: Angka korban insiden kren tumbang di Masjidilharam, Makkah kini men...


Insiden Kren Tumbang Di Masjidilharam: 107 Maut, 238 Cedera

RIYADH: Angka korban insiden kren tumbang di Masjidilharam, Makkah kini meningkat kepada 107 orang manakala 238 lagi dilaporkan cedera.

Angka terbaharu itu dikeluarkan Jabatan Pertahanan Awam Arab Saudi, pagi Sabtu.

Ketua pengarah Jabatan Pertahanan Awam Jeneral Suleiman al-Amr berkata mangsa yang cedera dan meninggal dunia sudah dibawa ke hospital.

Insiden tersebut berpunca daripada angin kuat dan hujan menyebabkan kren bergoyang dan tumbang.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pentadbiran Masjidilharam Makkah dan Madinah, kren berkenaan tumbang di kawasan jemaah sedang melakukan tawaf di Kaabah.

Sebuah rakaman video di YouTube menyaksikan orang ramai menjerit dan bertempiaran lari sejurus insiden tersebut berlaku.

Turut kedengaran bunyi dentuman kuat.

Insiden tersebut berlaku kira-kira ratusan ribu umat Islam dari seluruh dunia menunaikan ibadah haji.

Sementara itu, Tabung Haji (TH) mengesahkan setakat ini enam jemaah Malaysia cedera dalam insiden yang berlaku kira-kira jam 4.30 petang waktu tempatan Makkah itu - Mstar Online

Related

Youtube 349429507843307959

Post a Comment Disqus Comments

Related Posts

loading...

Blog Archive

loading...
item