kucinghappy
loading...

47 hari hilang, dua kanak-kanak Orang Asli ditemui selamat

DITEMUI selamat, Noreen Yacob, 10, dan Mirsudiar Aluj, 11, dalam keadaan lemah dan tidak mampu bercakap. Kucinghappy.com - GUA MUSANG...


DITEMUI selamat, Noreen Yacob, 10, dan Mirsudiar Aluj, 11, dalam keadaan lemah dan tidak mampu bercakap.
Kucinghappy.com - GUA MUSANG: Selepas 47 hari dilaporkan hilang, dua kanak-kanak Orang Asli ditemui dalam keadaan selamat di Sungai Perias, manakala seorang lagi rakan mereka meninggal dunia.

Dua mangsa itu dikenali sebagai Noreen Yacob, 10, dan Mirsudiar Aluj, 11, manakala kanak-kanak yang mati itu belum dikenal pasti identitinya.

Ketiga-tiga mangsa ditemui pasukan mencari dan menyelamat.

Lokasi penemuan mangsa tidak jauh daripada tengkorak dipercayai kanak-kanak yang ditemui petang semalam.

Lebih memilukan dua kanak-kanak berkenaan ditemui dalam keadaan kurus kering dan hanya bergantung kepada air sungai dan tumbuhan hutan.

Ketika ditemui, dua kanak-kanak berkenaan tidak mampu berjalan kerana terlalu penat.
Penemuan ketiga ini menjadikan semua lima mangsa ditemui daripada tujuh kanak-kanak yang dilaporkan hilang.


KANAK-KANAK Orang Asli, Mirsudiar Aluj, 11 ditemui dalam keadaan kurus.
Akhbar sebelum ini melaporkan gara-gara takut didenda guru kerana mandi sungai, tujuh murid Orang Asli berkenaan dikhuatiri sesat dan hilang apabila melarikan diri masuk ke dalam hutan di Pos Tohoi pada 23 Ogos lalu.

Mereka yang hilang ialah Mirsudiar Aluj, 11; Norieen Yaakob, 10; Ika Ayel, 9; Sasa Sobrie, 8; Haikal Yaakob, 8; Linda Rosli, 8, dan Juvina David, 7, yang semuanya tinggal di asrama.

Mangsa pertama ditemui pasukan mencari dan menyelamat kelmarin dan semalam, keluarga kanak-kanak mengesahkan mayat berkenaan sebagai Sasa. BH


NOREEN Yacob, 10 ditemui bersama Mirsudiar, 10 tidak jauh dari lokasi tengkorak yang ditemui petang semalam.






Diedit semula oleh Kucinghappy.com

Related

Viral! 7279728637162267467

Post a Comment Disqus Comments

Related Posts

loading...

Blog Archive

loading...
item