kucinghappy
loading...

Dipanggil ‘Hantu’ & Ada Yang Mendoakan Agar Saya Tidak Boleh Berjalan – Adira Suhaimi

Penyanyi Adira memberitahu sikap pengikut Instagram yang keterlaluan dengan mengejeknya sebagai hantu dan mendoakan keburukan dia membua...

adira1-1
Penyanyi Adira memberitahu sikap pengikut Instagram yang keterlaluan dengan mengejeknya sebagai hantu dan mendoakan keburukan dia membuatkan ibunya iaitu Rujinah Sarungin terguris hati. Adira juga berkata, kebanyakkan meraka tidak sensitif dan memikirkan perasaan orang lain sebelum meninggalkan sebarang komen biarpun dengan niat untuk bergurau.
“Mereka memang selalu ejek saya hantu di Instagram, saya tidak kisah dan peduli sehingga pada minggu lalu ibu saya telefon dan menegur tentang perkara itu. Dia sungguh sedih apabila mereka menulis begitu biarpun hanya untuk bergurau. Lebih teruk ada yang mendoakan agar saya tidak boleh berjalan pada satu gambar di Instagram.”
Foto yang dimuat naik pada hari Rabu lepas itu memaparkan Adira berpakaian jubah sambil menaiki skuter roda elektrik telah mendapat lebih 60 komen pengikut laman sosial itu. Kata Adira, dia membalas komen itu bukan berniat untuk bergaduh dengan pengikutnya, namun ingin memberi kesedaran tentang perasaan ibunya yang terasa hati dengan tulisan berkenaan.
Gambar yang dimuat naik Adira pada Rabu lalu menerima banyak komen negatif pengikut Instagramnya.
Gambar yang dimuat naik Adira pada Rabu lalu menerima banyak komen negatif pengikut Instagramnya.
“Saya jarang balas komen-komen di Instagram, namun bila ibu saya menangis dan sedih saya jadi marah dan ingin mereka tahu perkara itu tidak sepatutnya berlaku. Kalau seorang dua sahaja tidak mengapa, ini tidak… mereka tag kawan-kawan yang lain supaya meninggalkan komen yang buruk-buruk pada gambar saya itu.”
Sumber : mStar

Related

Viral! 7572258632524731907

Post a Comment Disqus Comments

Related Posts

loading...

Blog Archive

loading...
item