kucinghappy
loading...

(Gambar) Wanita Berang Selepas Dilarang Masuk Istana Kehakiman, Tidak Tepati Kod Pemakaian

Seorang pensyarah sebuah universiti awam hari ini telah mencetuskan kekecohan selepas beliau dilarang memasuki Istana Kehakiman kerana mel...


Seorang pensyarah sebuah universiti awam hari ini telah mencetuskan kekecohan selepas beliau dilarang memasuki Istana Kehakiman kerana melanggar etika pemakaiaan.

Memetik laporan The Rakyat Post, wanita itu dilihat memakai dress pendek menampakkan lutut cuba memasuki dewan mahkamah meskipun papan tanda kod pemakaian telah diletakkan di pintu masuk bangunan terbabit.

Pensyarah Universiti Malaya itu yang enggan mendedahkan namanya, memakai dress berwarna putih yang menampakkan lutut.




Kerana dilarang untuk masuk utama Istana Kehakiman, telah berlaku pertengkaran antaranya dan polis bantuan yang bertugas berdekatan mesin X-ray dan pengesan logam, pada pagi tadi.

Wanita berkenaan diaktakan turut mempersoalkan kod pemakaian di semua bangunan kerajaan yang tidak seragam.


Bagaimanapun, polis bantuan itu hanya membenarkannya memasuki mahkamah, selepas dia melilit sehelai selendang yang panjangnya melepasi lututnya.

Wanita itu hadir di Istana Kehakiman untuk memberi sokongan kepada rakan setugasnya, Prof Madya Dr Azmi Sharom yang mencabar kesahihan Akta Hasutan 1948 di Mahkamah Persekutuan, pagi tadi. - Siakapkeli.my

Related

Viral! 13546335146476088

Post a Comment Disqus Comments

Related Posts

loading...

Blog Archive

loading...
item