kucinghappy
loading...

Kes Mangsa Tetak - Tolong Hormati Mangsa, Keluarga

Gambar kononnya Megala meninggal dunia seperti tersebar meluas melalui internet dan aplikasi pesanan ringkas. SEREMBAN - Ketua Penerang...

Tolong hormati mangsa, keluarga
Gambar kononnya Megala meninggal dunia seperti tersebar meluas melalui internet dan aplikasi pesanan ringkas.

SEREMBAN - Ketua Penerangan Skuad Keadilan Malaysia, Gary Muthu kesal dengan tindakan segelintir pihak tidak bertanggungjawab yang menyebarkan berita palsu membabitkan mangsa tetak di Taman PD Utama, Port Dickson, baru-baru ini.

Menurut beliau, tidak cukup dengan tohmahan kononnya mangsa telah meninggal dunia, ada pula mendakwa kewujudan pihak ketiga dalam rumah tangga mangsa menyebabkan dia ditimpa nasib sedemikian.

“Ingin saya tegaskan, semua khabar angin itu tidak benar. Saya sendiri dengar daripada mulut ibunya ketika melawat mangsa di hospital, dua hari lepas.

“Tidak patutlah mereka (penyebar fitnah) buat macam ini. Bukannya hendak membantu, tapi menambahkan lagi penderitaan mangsa yang masih trauma,” katanya.

Beliau yang juga Ketua Penerangan PKR Cabang Rasah berkata, tiada apa diperoleh dengan menyebarkan berita palsu sebegitu kecuali mengganggu proses pemulihan mangsa.

“Secara psikologinya, memang tidak baik untuk mangsa. Bagi saya, si pelaku cuba mendapatkan publisiti murahan.

“Tolonglah hormati perasaan mangsa dan keluarga. Apa yang berlaku pada dia bukannya boleh dibuat main-main,” katanya yang akan  mengumpul dana untuk membantu mangsa.

Sebelum ini, Sinar Harian melaporkan D Megala, 24, cedera parah akibat ditetak lelaki bersenjatakan parang pada 1 Oktober lalu, sekitar jam 6.40 petang.

Kejadian itu berjaya dirakam CCTV  menunjukkan suspek membelasah mangsa di luar rumahnya di Taman PD Utama.

Dua lelaki yang dirakam membelasah mangsa menggunakan parang itu menjadi viral di laman sosial berjaya ditahan oleh polis kira-kira 30 minit selepas kejadian itu berlaku.

Salah seorang suspek yang ditahan itu merupakan suami kepada mangsa.

Ibu mangsa cuba membantu anaknya itu namun ditolak sehingga jatuh.

Menurut polis kes disiasat mengikut Seksyen 326 kerana mendatangkan kecederaan parah. Sinar Harian

Related

Viral! 2802852565853527773

Post a Comment Disqus Comments

Related Posts

loading...

Blog Archive

loading...
item