kucinghappy
loading...

Pecah masuk rumah, bekas polis dipukul, ditelanjangkan penduduk

GAMBAR yang menjadi viral di media sosial dipercayai bekas anggota polis yang dipukul orang awam selepas merompak sebuah rumah di Rantau P...

GAMBAR yang menjadi viral di media sosial dipercayai bekas anggota polis yang dipukul orang awam selepas merompak sebuah rumah di Rantau Panjang, Kelantan.
PASIR MAS: Seorang lelaki yang juga bekas anggota polis patah tulang rusuk selain cedera di muka, apabila dipukul sekumpulan penduduk kampung ketika cuba merompak sebuah rumah di Rantau Panjang, di sini, Jumaat lalu.
Dalam kejadian jam 9.30 malam itu, suspek berusia 36 tahun itu bersama dua rakannya dikatakan memecah masuk rumah penduduk kampung sebelum kejadian itu disedari pemilik rumah dan penduduk.
Suspek kemudiannya dipukul penduduk kampung sehingga cedera sebelum ditelanjangkan, sebelum diserahkan kepada pihak polis.
Ketua Polis Kelantan, Datuk Mazlan Lazim ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan kesemua suspek sudah ditahan.
Katanya, suspek diberhentikan kerja sebagai anggota polis sejak empat tahun kerana terbabit dalam banyak kes berkaitan jenayah. BH

Related

Viral! 7062150134087235712

Post a Comment Disqus Comments

Related Posts

loading...

Blog Archive

loading...
item