kucinghappy
loading...

Pengurus Salon Mati Beku Dalam Cryochamber

SEORANG  pengurus salon meninggal dunia dalam keadaan beku di dalam cryochamber selepas dia secara tidak sengaja telah terkunci di dala...


SEORANG pengurus salon meninggal dunia dalam keadaan beku di dalam cryochamber selepas dia secara tidak sengaja telah terkunci di dalam mesin berkenaan ketika suhu menurun ke -240 farenheit.
Chelsea Ake, 24, pengurus Rejuvenice di Henderson, Nevada, ditemui mati oleh pekerjanya.
Siasatan mendapati kemungkinan Ake menggunakan mesin berkenaan tanpa bantuan pembantunya dan lemas ketika berada di dalamnya.
Dia dikatakan berada di dalam mesin berkenaan keseluruhannya selama 10 jam.
Cryotherapy merupakan alternatif kepada air sejuk atau ais tetapi mesin itu tidak boleh digunakan lebih 3 minit disebabkan suhunya boleh mencecah sehingga -240.
Ia digunakan untuk merawat pelbagai kerosakan tisu dan sering digunakan oleh ahli sukan yang mengalami kecederaan otot. Mesin tersebut membantu pemulihan kesakitan harian, radang, tenaga dan tekanan berkaitan.
Menurut kawannya, Shae-Lynn Bee, berkata, Ake berasal dari Hawai dan kematiannya amat mengejutkan.
“Chelsea merupakan segala-galanya kepada saya. Dia adalah kawan baik saya dan saya pasti akan merinduinya,’’ kata Bee yang kecewa kerana tempat berkenaan tidak mempunyai kamera CCTV. – Mynewshub.cc

Related

Terkini 2727816289801219855

Post a Comment Disqus Comments

Related Posts

loading...

Blog Archive

loading...
item