kucinghappy
loading...

Perompak letup mesin ATM di Ayer Keroh Heights

KEADAAN mesin ATM selepas letupan. - Foto Muhammad Hatim Ab Manan AYER KEROH: Sekumpulan perompak meletupkan sebuah mesin pengelua...


KEADAAN mesin ATM selepas letupan. - Foto Muhammad Hatim Ab Manan

AYER KEROH: Sekumpulan perompak meletupkan sebuah mesin pengeluaran wang automatik (ATM) sebuah bank di Ayer Keroh Heights, dekat sini, kira-kira jam 2.10 pagi tadi.
Difahamkan, penjenayah yang dipercayai lebih daripada tiga orang dan memakai topeng muka, menggunakan bahan letupan buatan sendiri, sebelum melarikan wang dari mesin ATM terbabit dengan menaiki sebuah kereta Mercedes Benz berwarna putih.
Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Shaikh Abdul Adzis Shaikh Abdullah, ketika dihubungi berkata, semua penjenayah itu merompak sejumlah wang dengan melarikan laci (drawer) mesin ATM berkenaan.
Namun, difahamkan terdapat sebutir lagi bom buatan aktif dipercayai bom paip atau dikenali sebagai improvised explosive device (IED) yang masih belum meletup, ditinggalkan perompak di ruang ATM itu.
Unit Pemusnah Bom (UPB) dari Bukit Aman kemudian berjaya meletupkan IED terbabit sebentar tadi. BH


Related

Viral! 6266289743774455600

Post a Comment Disqus Comments

Related Posts

loading...

Blog Archive

loading...
item