kucinghappy
loading...

Punca Sebenar Pemandu Teksi Yang Menghantar Mangsa Culik Turut DITAHAN Polis

KAJANG: Polis telah menahan empat suspek yang menculik seorang kanak-kanak lelaki berusia lima tahun di hadapan sebuah tadika di Sungai...


KAJANG: Polis telah menahan empat suspek yang menculik seorang kanak-kanak lelaki berusia lima tahun di hadapan sebuah tadika di Sungai Chua, di sini, pada Jumaat.

Salah seorang suspek itu termasuk pemandu teksi yang membawa pulang mangsa, Li Zhi Yang yang dilarikan dua lelaki dalam kejadian kira-kira 9 pagi semalam.

Ketua Polis Selangor, Komisioner Datuk Abdul Samah Mat berkata wang tebusan hampir RM300,000 turut dirampas.

Beliau berkata salah seorang empat suspek tersebut adalah warganegara Indonesia.

“Satu pasukan khas telah ditubuhkan bagi menyiasat kes ini. Tangkapan pertama yang melibatkan dua orang dibuat pada lebih kurang pukul 10.10 malam semalam di hadapan sebuah pasaraya di sini.


“Kedua suspek berada dalam sebuah kereta dan pihak polis telah merampas wang tebusan berjumlah RM30,000 yang ditemui di bawah tempat duduk.

“Tangkapan kedua pula dilakukan pada jam 12.15 pagi ini di Kajang Raya melibatkan seorang lelaki tempatan berumur 45 tahun di mana polis telah merampas wang tebusan berjumlah RM1,050 dari dalam beg duit milik suspek.

“Pihak polis juga berjaya merampas wang tunai berjumlah RM60,500 dari motosikal yang terletak di rumah lelaki tersebut,” katanya semasa satu sidang media di IPK Selangor, pagi ini.

Abdul Samah juga berkata sejumlah RM200,000 telah ditemui di Plaza Indah Sungai Kajang dan polis merampas sebuah beg berwarna ungu yang digunakan bapa mangsa bagi mengisi wang tebusan di Pusat Perindustrian Sungai Chua.

Katanya lagi suspek keempat telah ditahan di kawasan Perindustrian Bukit Angkat Kajang dan sebuah kereta juga dirampas.

“Sebuah kereta jenis Proton Saga BLM berwarna gelap dengan nombor pendaftaran WUJ 1485 yang digunakan semasa kejadian telah dirampas.

“Antara barangan yang turut dirampas termasuk sebuah teksi, wang tebusan RM291, 550, satu motosikal dan empat telefon bimbit,” katanya.

Abdul Samah juga berkata tiga suspek telah mengaku bersalah manakala seorang mengaku tidak bersalah.

“Suspek dijanjikan upah sebanyak RM10,000 bagi menjalankan perniagaan dan selepas bapa mangsa membayar wang tebusan terbabit kedua-dua suspek mendapat bayaran RM20,000 masing-masing,” katanya.


Tambahnya lagi, punca kejadian ialah selepas suspek mempunyai masalah kewangan.

Dalam kejadian pada Jumaat, sebuah video rakaman kamera litar tutup (CCTV) berdurasi 73 saat tersebar di media sosial menunjukkan seorang kanak-kanak diculik oleh dua orang lelaki.
Video itu menunjukkan dua lelaki memakai kemeja hitam bercakap dengan ibu kanak-kanak tersebut dipercayai untuk bertanyakan jalan sebelum salah seorang daripada mereka tiba-tiba menculik kanak-kanak itu dan dengan pantas meninggalkan tempat kejadian dengan kereta.

Ibu kanak-kanak itu sempat mengejar kedua-dua lelaki tersebut ke kereta sebelum beliau terjatuh.

Beliau kemudian memuat naik gambar anaknya ke akaun Facebooknya, atas nama Cammi Lim Ker Shing, dan meminta bantuan orang ramai untuk mencari anaknya.

Lee ditemukan dalam keadaan selamat lapan jam kemudian oleh seorang pemandu teksi yang kemudian menghantarnya pulang ke rumah keluarganya sejurus selepas itu.

Usaha pihak polis ini turut mendapat ucapan tahniah dari Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar dalam twitnya pagi ini.

KES CULIK: ABANG NIZAM PEMANDU TEKSI TURUT DITAHAN POLIS, WANG TEBUSAN RM300K DIRAMPAS


Polis menahan 4  Lelaki yang terlibat dalam kes penculikan seorang kanak-kanak  berusia lima tahun di Kajang, semalam dan kesemua mereka di tahan kurang dari 24 jam kes tersebut berlaku.

Apa yang menariknya ialah di antara keempat-empat lelaki yang ditahan itu termasuk juga Abang Nizam yang merupakan seorang pemandu teksi yang telah membawa kanak-kanak itu pulang ke pangkuan keluarganya dan video penyerahan kanak-kanak tersebut telah menjadi viral di media sosial semalam.




Ketua Polis Selangor, Datuk Abdul Samah Mat berkata salah seorang daripada 4 suspek tersebut adalah warganegara Indonesia.


TANGKAPAN PERTAMA (2 orang)


Satu pasukan khas telah ditubuhkan bagi menyiasat kes ini. Tangkapan pertama yang melibatkan dua orang dibuat pada lebih kurang pukul 10.10 malam semalam di hadapan sebuah pasaraya di sini.


Kedua suspek berada dalam sebuah kereta dan pihak polis telah merampas wang tebusan berjumlah RM30,000 yang ditemui di bawah tempat duduk.



TANGKAPAN KETIGA

Tangkapan kedua pula dilakukan pada jam 12:15 pagi ini di Kajang Raya melibatkan seorang lelaki tempatan berumur 45 tahun di mana polis telah merampas wang tebusan berjumlah RM1,050 dari dalam beg duit milik suspek.

Pihak polis juga berjaya merampas wang tunai berjumlah RM60,500 dari motosikal yang terletak di rumah lelaki tersebut,” katanya semasa satu sidang media di IPK Selangor, pagi ini.


TANGKAPAN KEEMPAT

Suspek keempat ditahan di kawasan Perindustrian Bukit Angkat Kajang dan sebuah kereta turut dirampas dalam penahanan itu.

Sebuah kereta jenis Proton Saga berwarna gelap dengan nombor pendaftaran WUJ 1485 yang digunakan semasa kejadian telah dirampas.


Antara barangan yang turut dirampas termasuk sebuah teksi, wang tebusan RM291, 550, satu motosikal dan empat telefon bimbit,” katanya.


Abdul Samah juga berkata tiga suspek telah mengaku bersalah manakala seorang mengaku tidak bersalah.


Suspek dijanjikan upah sebanyak RM10,000 bagi menjalankan perniagaan dan selepas bapa mangsa membayar wang tebusan terbabit kedua-dua suspek mendapat bayaran RM20,000 masing-masing,” katanya.


Tambahnya lagi, punca kejadian ialah selepas suspek mempunyai masalah kewangan.


Kanak-kanak itu selamat pulang ke pangkuan keluarga selepas selama 8 jam kes penculikannya menjadi viral di media sosial dan Whatsapp.


Dalam kejadian tersebut, kanak-kanak itu diculik di hadapan ibunya sendiri di luar sebuah tadika pada jam 9.26 pagi semalam, kanak-kanak lelaki berkenaan diculik tiga lelaki warga tempatan menaiki sebuah Proton Saga ketika mangsa dihantar ibunya ke sebuah prasekolah di Sungai Chua, Kajang.

   
"Suspek dipercayai memberhentikan kereta di hadapan kenderaan ibu mangsa kononnya ingin bertanya soalan namun ketika berbual, seorang lagi suspek meluru keluar lalu menarik kanak-kanak itu ke dalam kereta dan terus memecut laju," katanya.
   
Menurutnya, dalang kes penculikan itu tinggal dalam lingkungan dua hingga tiga kilometer dari rumah keluarga mangsa dan dipercayai mengenali bapa  kanak-kanak itu atas urusan perniagaan.  
   
Tambah beliau, motif sebenar penculikan masih disiasat namun tidak menolak kemungkinan suspek utama, yang menjalankan perniagaan percetakan di Plaza Indah,  Taman Sepakat Indah, Kajang melakukan perbuatan itu akibat masalah kewangan.

Kata Abdul Samah juga, sejumlah wang RM200,000 ditemui di Plaza Indah Sungai Kajang dan sebuah beg berwarna ungu turut dirampas oleh polis. Beg terbabit dipercayai digunakan oleh bapa mangsa untuk mengisi wang tebusan di Pusat Perindustrian Sungai Chua.

   
Abdul Samah berkata, setakat ini polis menemui semula wang tebusan itu sebanyak RM291,550 namun kehilangan bakinya sejumlah RM8,450 sedang disiasat.
   
Ketika ditanya hubungan kesemua suspek dan sama ada mereka diupah oleh dalang berkenaan, Abdul Samah berkata polis sedang menyiasat lebih lanjut berhubung perkara itu.
   
Katanya kanak-kanak berkenaan kini berada dalam keadaan sihat walaupun terdapat sedikit kesan lebam di tangan dan badan.
   
Kes disiasat di bawah Seksyen 3(1) Akta Culik 1961 yang boleh membawa hukuman mati jika sabit kesalahan.
   
 - Siakapkeli.my

Related

Viral! 5888394892535197208

Post a Comment Disqus Comments

Related Posts

loading...

Blog Archive

loading...
item