kucinghappy
loading...

Tergamam separuh bogel

JITRA: Sepasang remaja yang bermadu asmara tergamam apabila ditangkap berkhalwat dalam keadaan separuh bogel di sebuah motel di Changlu...

JITRA: Sepasang remaja yang bermadu asmara tergamam apabila ditangkap berkhalwat dalam keadaan separuh bogel di sebuah motel di Changlun, kelmarin.

Malah, remaja lelaki berusia 19 tahun itu sanggup meminjam kereta bapanya untuk keluar bersama kekasihnya, 19, sebelum menginap di hotel untuk melakukan perbuatan itu.

Bagaimanapun, tindakan mereka itu mengundang padah apabila dicekup sepasukan anggota penguat kuasa Pejabat Agama Daerah Kubang Pasu (PADKP) jam 2.50 petang.

Pegawai Agama Daerah Kubang Pasu Syeikh Radzi Abdul Wahab berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung kegiatan maksiat di motel itu dan bergegas ke lokasi untuk membuat pemeriksaan.

Menurutnya, pasukannya kemudian membuat pemeriksaan di sebuah bilik yang disyaki disewa pasangan terbabit yang masih menuntut di sebuah institusi pengajian tinggi (IPT) di Perlis - Harian Metro

Related

Viral! 7955750693612683766

Post a Comment Disqus Comments

Related Posts

loading...

Blog Archive

loading...
item