kucinghappy
loading...

Netizen Kritik Fesyen Seluar Ketat Neelofa

TIDAK dinafikan Neelofa mempunyai  fashion sense  yang bagus, tengok sahajalah fesyen tudung yang digayakannya pun turut menjadi ikut...


TIDAK dinafikan Neelofa mempunyai fashion sense yang bagus, tengok sahajalah fesyen tudung yang digayakannya pun turut menjadi ikutan ramai wanita di luar sana.

Namun, tak semua peminat bersetuju dengan fesyen seluar ketat yang dipakai Neelofa dalam sebuah majlis hiburan baru-baru ini.
Tak kurang juga ada di kalangan netizen yang mengkritik fesyennya yang dikatakan tidak seiring dengan gelaran Hajah yang dimilikinya sebaik menunaikan haji tahun lalu.
Antara komen itu, ili_coraline menulis, “Amboi hajjah, seluar makin ketat, tudung makin singkat.”
Dila_secretbeauty berkata, “Baju labuh je, saja singkatkan… emmm.”
Neelofa menggayakan seluar jeans ketat berwarna biru cerah dan blaus putih yang diselitkan ke dalam seluarnya itu.
Bukan gaya fesyen itu tidak menarik, tapi sebab imej Neelofa yang berhijab mungkin ia tidak berapa sesuai untuk digayakan sebegitu rupa.
Mungkin lepas baca kritikan netizen Neelofa akan lebih berhati-hati dalam berpakaian selepas ini. – MYNEWSHUB.CC

Related

Hiburan 4495515232167675338

Post a Comment Disqus Comments

Related Posts

loading...
loading...
item